Pasukan Eropah kekal dominasi Piala Laver

Pasukan Eropah menjuarai Piala Laver buat kali keempat berturut-turut.
Pasukan Eropah menjuarai Piala Laver buat kali keempat berturut-turut.
A
A
A

JUARA Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS), Daniil Medvedev mengetuai Pasukan Eropah merangkul gelaran Piala Laver buat kali keempat berturut-turut.

Seperti diramal, Pasukan Eropah yang membariskan ramai pemain terkemuka dunia tidak berdepan masalah menewaskan Pasukan Dunia dengan keputusan 14-1.

Dalam saingan hari terakhir pada awal pagi Isnin, Pasukan Eropah hanya memerlukan satu kemenangan daripada empat acara yang dipertandingkan selepas selesa mendahului 11-1.

Gandingan Andrey Rublev-Alexander Zverev akhirnya mengesahkan kejayaan Pasukan Eropah selepas menewaskan pasangan Pasukan Dunia, Reilly Opelka-Denis Shapovalov dalam acara beregu.

Pada kejohanan kali ini yang berlangsung di Boston, Pasukan Eropah dibarisi enam pemain yang berada dalam kelompok 10 terbaik dunia termasuk Stefanos Tsitsipas, Zverev dan Medvedev.

“Saya mahu berterima kasih kepada semua rakan-rakan sepasukan. Saya cukup gembira kerana kami berada dalam satu pasukan pada kejohanan ini.

“Kami cukup bersemangat memburu piala ini sejak hari pertama pertandingan. Kejayaan ini antara detik terindah dalam karier saya,” kata Tsitsipas.

Mengikut fortmat pertandingan, kejohanan dilangsungkan sepanjang tiga hari. Setiap hari empat perlawanan diadakan – tiga acara perseorangan dan satu perlawanan beregu.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Pasukan Eropah berjaya memenangi Piala Ryder pada edisi 2019 di Geneva, 2018 (Chicago) dan 2017 (Prague).