Covid-19: Hanya 1.9 peratus kategori tiga hingga lima

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - Hanya 1.9 peratus atau 205 daripada 10,959 kes positif Covid-19 baharu dikategorikan sebagai tahap tiga hingga lima.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, baki 98.1 peratus atau 10,754 lagi merupakan jangkitan kategori satu dan dua.

"Terdapat 12 kes import dan 10,947 merupakan penularan dalam negara," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, penularan wabak yang sebelum ini tertumpu di Lembah Klang kini menunjukkan penurunan dengan hanya 979 kes dilaporkan di Selangor, Kuala Lumpur (179) dan Putrajaya (18).

"Sarawak kekal negeri yang melaporkan kes tertinggi iaitu 2,723 diikuti Johor (1,226), Kelantan (983), Pulau Pinang (793), Sabah (751), Pahang (739), Perak (713), Kedah (660) dan Terengganu (691).

"Melaka (346), Negeri Sembilan (110), Perlis (51) dan Labuan (sifar)," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 980 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk pesakit yang disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

"Sementara 579 pesakit lagi memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 16,430 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan, 2,005,942 kes manakala jumlah kumulatif kes baharu adalah 2,209,194.

"Sebanyak 19 kluster baharu dikenal pasti membabitkan sembilan kluster tempat kerja, lapan kluster komuniti dan masing-masing satu kluster pusat tahanan serta kumpulan berisiko tinggi.

"Jumlah keseluruhan kluster yang dikesan adalah 5,432 dan 4,267 daripadanya telah diisytiharkan tamat manakala 1,165 lagi masih aktif," jelasnya.