X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Lebih 2,200 maut, 5,800 cedera akibat kemalangan di Myanmar

Sejumlah 4,500 nahas jalan raya dilaporkan di Myanmar membabitkan 2,229 kematian dan 5,869 yang lain cedera dalam lapan bulan pertama tahun ini, - Foto 123RF
A
A

YANGON - Sejumlah 4,500 nahas jalan raya dilaporkan di Myanmar membabitkan 2,229 kematian dan 5,869 yang lain cedera dalam lapan bulan pertama tahun ini, menurut Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi pada Isnin.

Menurut data Jabatan Pentadbiran Pengangkutan Jalan (RTAD), agensi di bawah kementerian, dari Januari hingga Ogos, wilayah Yangon mencatat kadar kematian tertinggi dengan 307 orang diikuti wilayah Mandalay (274) dan wilayah Bago (256), lapor Xinhua.

Tahun ini menyaksikan penurunan jumlah kes kemalangan jalan raya berbanding 9,292 pada tempoh sama tahun lalu, dan jumlah kematian menurun sebanyak 967.

Kematian dan kecederaan akibat nahas jalan raya kekal menjadi kebimbangan utama di Myanmar, yang kebanyakannya disebabkan kesilapan manusia seperti memandu melebihi had laju, kecuaian, mengantuk dan faktor-faktor lain. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!