Lelaki dikompaun RM5,000 langgar perintah kuarantin di rumah

Lelaki yang dikenakan dikompaun kerana melanggar perintah HSO di Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi, pada Isnin.
Lelaki yang dikenakan dikompaun kerana melanggar perintah HSO di Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi, pada Isnin.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang lelaki di Felda Bukit Aping Timur dekat sini dikompaun RM5,000 kerana melanggar perintah kuarantin di rumah (HSO) selepas dia dikesan pergi ke sebuah kedai.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihanya mengesan lelaki itu semasa pihaknya melakukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) dan pemantauan ke atas orang kena HSO di felda berkenaan.

"Anggota Balai Polis Kuala Sedili bersama-sama Team Taskforce Covid-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi yang membuat pemantauan itu telah mengesan lelaki berusia 20 tahun tersebut.

"Tindakan diiambil selepas polis menerima aduan awam menyatakan bahawa lelaki berkenaan keluar dengan memakai gelang putih dan berada di luar rumah serta dilihat berada di kedai berdekatan rumahnya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, lelaki itu yang bekerja sendiri telah dikompaun di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Dalam masa sama, beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi perintah SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mengehadkan pergerakan supaya dapat memutuskan penularan wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan: