X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Padi tenggelam akibat hujan lebat, angin kencang

Laporan Sinar Harian pada Ahad.
A
A

ALOR SETAR - Hujan lebat dan angin kencang sejak 9 September lalu menyebabkan tanaman padi Musim 1/2021 peringkat masak dalam Blok Pengairan ACRBD 3 rebah dan ditenggelami air termasuk kawasan Kampung Telaga Batu, Mukim Jeram, Jitra.

Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Nik Kun Nik Man berkata, pihaknya mengambil beberapa tindakan yang perlu bagi mengurangkan kesan kerosakan dengan merendahkan paras air di dalam blok berkenaan dengan membuka pintu air DEC bagi mempercepatkan saliran air keluar termasuk menggunakan operasi pam elektrik ACRBDr 4 berkapasiti 0.6 meter padu sesaat.

Menurutnya, MADA mendapati kawasan terbabit dipenuhi dengan tumbuhan dan semak seluas kira-kira 1,000 meter sehingga menyebabkan saliran air keluar daripada sawah terganggu.

"Pemantauan terhadap kesan kerosakan pada pokok padi yang rebah di dalam blok berkenaan (Kampung Telaga Batu) sedang Iagi dilaksanakan dan dibuat bancian.

"Tindakan pembersihan saluran Parit ACRBDr 4 ini telah dilaksanakan oleh pihak MADA pada pertengahan Mac hingga April lalu, walaubagaimanapun, pengurangan pusingan pembersihan saluran secara berkala daripada empat pusingan kepada dua pusingan setahun turut menyumbang kepada masalah tumbuhan dan semak dalam saluran tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Sinar Harian pada Ahad apabila lebih 40 pesawah di Kampung Telaga Batu, Mukim Jeram mengalami kerugian kira-kira RM100,000 selepas tanaman padi yang diusahakan mereka ditenggelami air.

Pesawah mendakwa sistem saliran sepanjang lima kilometer yang tidak diselenggarakan oleh pihak berwajib menjadi antara punca 40 hektar sawah di kampung terbabit ditenggelami air.

Mengulas lanjut, Nik Kun berkata, MADA telah memulakan kerja-kerja pembersihan di kawasan berkenaan pada 15 September lalu dan dijangka siap sepenuhnya awal Oktober ini.

"Bagi kerja-kerja pembersihan pusingan kedua pula akan bermula selewat-lewatnya pada pertengahan Oktober selepas selesai kerja-kerja pembersihan yang sedang dilaksanakan ini," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Pesawah rugi RM100,000, padi ditenggelami air


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!