X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

50 gelandangan di Johor Bahru divaksin

Mohd Rashid (kiri) meninjau program pemberian vaksin kepada gelandangan di Jalan Trus di sini pada Isnin.
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai kira-kira 50 gelandangan di bandar raya ini mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 menerusi program pemberian vaksin pada Isnin.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Kesihatan Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Malaysia, Datuk Mohd Rashidi Mohd Noor berkata, program terbuka itu membabitkan vaksin dos tunggal, CanSino.

Beliau berkata, mengikut data yang diperoleh dianggarkan lebih 100 gelandangan sudah mendapatkan dos pertama vaksin di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekitar bandar raya ini dan ada di antara mereka sedang menunggu giliran untuk mendapatkan dos kedua.

"Program pemberian vaksin kepada gelandangan hari ini memudahkan mereka kerana tidak perlu menunggu dos kedua dan akan mendapat sijil selepas tempoh 28 hari," katanya ketika ditemui di Jalan Trus di sini pada Isnin.

Mohd Rashidi berkata, mengikut data yang diperoleh dianggarkan seramai 200 gelandangan direkodkan berada di Johor Bahru.

"Bagi gelandangan yang belum menerima vaksin kemungkinan tidak dapat dikesan atau tidak berjumpa wakil kami. Mereka yang dikesan akan diminta untuk ke PPV berhampiran.

"Semakan sentiasa dibuat ketika edaran makanan dilakukan. Dari situ juga kita akan bantu mereka mendapatkan vaksin," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!