Kemenangan derbi utara London hadiah buat penyokong Arsenal

Mikel Arteta -Foto AFP
Mikel Arteta -Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan kehadiran penyokong-penyokong The Gunners pada perlawanan derbi utara London menentang Tottenham Hotspur di Stadium Emirates merupakan faktor penyumbang kepada kemenangan 3-1 kelab tersebut.

Malah menurut Arteta, tiga mata pada perlawanan itu merupakan hadiah kepada penyokong-penyokong The Gunners yang berhenti memberikan sokongan kepadanya dan pemain tuan rumah.

"Kemenangan ini adalah buat penyokong-penyokong Arsenal yang sentiasa bersama kelab ini baik dalam keadaan susah dan senang khasnya pada derbi jiran tetangga ini yang pada permulaan awal perlawanan kami bermula garang.

"Malah pada babak kedua kami menampilkan gaya permainan yang sememangnya diperlukan pasukan dalam mengekang kebangkitan Tottenham dan sesungguhnya kami konsisten sepanjang perlawanan itu paling penting.

"Hari ini merupakan hari paling istimewa buat kelab ini apabila pemain-pemain sebelum perlawanan telah memiliki keazaman tinggi, kualiti dan aura untuk memenangi aksi ini.

"Saya gembira dan amat menyukai komitmen serta disiplin tinggi dipamerkan pemain-pemain sepanjang perlawanan yang mana keyakinan diterjemahkan dalam bentuk keputusan positif," ujar Arteta.

Pada aksi berintensiti tinggi tersebut, The Gunners tampil garang apabila meledak tiga gol dalam babak pertama bermula dengan jaringan Emile Smith Rowe minit ke-12, Pierre-Emerick Aubameyang (27') dan Bukayo Saka (34').

Sementara The Lilywhites hanya berjaya mengurangkan defisit gol menerusi jaringan bintang sensasi Korea Selatan, Son Heung-min ketika perlawanan memasuki minit ke-79.

Artikel Berkaitan:

Beberapa minggu sebelum itu segelintir penyokong-penyokong The Gunners mendesak Arteta meletakkan jawatan berikutan persembahan hambar dalam tiga perlawanan terawal liga.

Bagaimanapun pengendali kelahiran Sepanyol itu berjaya menterbalikan keadaan yang menyaksikan juara 13 kali tersebut berada di kedudukan bawahan liga pada penghujung Ogos merupakan rekod terburuk kelab sejak 67 tahun lalu kembali memenangi tiga perlawanan terakhir untuk berada di kedudukan ke-10 liga.

Sementara itu, Smith Rowe percaya jaringan pendahuluan tuan rumah menjadi pencetus semangat untuk dua lagi gol daripada Aubameyang dan Saka, yang merupakan bintang The Gunners.

"Ini merupakan antara hari paling bermakna dalam hidup saya khasnya apabila ahli keluarga saya pun datang ke stadium bagi memberikan sokongan - terasa satu detik istimewa.

"Saya percaya kami sudah dan sentiasa akan bekerja keras secara bersama bagi mencipta lebih banyak kejayaan pada masa depan," Smith Rowe.