X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

MEDAC perkenal pelan bantu koperasi terjejas PKP 3.0

Noh Omar
A
A

ALOR SETAR - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) memperkenalkan Pelan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi dengan peruntukan berjumlah RM20 juta bagi membantu koperasi yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, menerusi pelan yang dilaksanakan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) itu, empat program diperkenalkan sebagai usaha meningkatkan kembali aktiviti koperasi.

“Empat program itu ialah Program Penubuhan Koperasi Prihatin Rakyat (KPR), Program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat (JKPR), Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (Transfer) dan Dagang Produk atau Perkhidmatan Koperasi Dalam Talian (e-Dapat),” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sejajar dengan itu, Noh berkata, sejumlah RM1.125 juta daripada peruntukan itu diagihkan kepada beberapa koperasi di Kedah bagi memberi faedah kepada koperasi tersebut dan anggotanya.

Menurutnya, sebanyak RM225,000 disalurkan menerusi JKPR yang membabitkan 17 koperasi, RM300,000 diberikan kepada tiga koperasi menerusi KPR dan sebanyak RM600,000 disalurkan kepada enam koperasi di bawah program Transfer.

“Tujuan bantuan geran ini diberikan bagi membantu koperasi kembali menjalankan aktiviti perniagaan dengan lebih baik lagi selepas negara dilanda pandemik Covid-19. Dari perspektif ekonomi pula, ia dapat memupuk semangat koperasi untuk mengeluarkan produk sendiri dalam pelbagai bidang dan membangunkan pendapatan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Noh berkata, kerajaan prihatin dan komited untuk membantu 14,629 koperasi di negara ini dalam menangani kelembapan operasi perniagaan berikutan PKP yang memberi kesan kepada kebajikan 6.48 juta anggota koperasi seluruh negara.

“Program JKPR sebagai contoh memberikan bantuan geran secara one-off kepada koperasi yang menjalankan aktiviti peruncitan bagi mengurangkan harga barangan keperluan harian rakyat. Bantuan berbentuk geran ini akan dibuat terus kepada 200 koperasi di seluruh negara yang dikenal pasti terlibat dalam sektor pemborongan dan peruncitan.

“Pakej Pemulih (Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi) ini dapat meningkatkan jualan harian koperasi sehingga 30 peratus di samping dapat membantu menangani kos sara hidup termasuk anggota koperasi dan golongan B40 serta M40 dengan potongan pembelian barangan runcit sebanyak 15 peratus,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!