Polis sita tiga motosikal diubah suai tanpa kebenaran

Sebanyak 110 motosikal diperiksa dalam Operasi Khas Motosikal dan Pencegahan Samseng Jalanan di Ipoh. - Foto FB Polis Daerah Ipoh.
Sebanyak 110 motosikal diperiksa dalam Operasi Khas Motosikal dan Pencegahan Samseng Jalanan di Ipoh. - Foto FB Polis Daerah Ipoh.
A
A
A

IPOH - Polis menyita tiga motosikal kerana melakukan ubah suai aksesori kenderaan dalam Operasi Khas Motosikal dan Pencegahan Samseng Jalanan di sekitar bandar ini di sini pada Ahad.

Dalam operasi dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh itu, sebanyak 115 kenderaan membabitkan 130 individu diperiksa.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, polis melakukan pemeriksaan yang dilakukan di sekitar pusat bandar raya, Persiaran Brash dan Persiaran Bandaraya.

Menurutnya, operasi itu dilaksanakan bertujuan mengesan penunggang- penunggang motosikal yang gagal mematuhi peraturan lalu lintas.

Polis melakukan pemeriksaan terhadap seorang penunggang motosikal dalam Operasi Khas Motosikal dan Pencegahan Samseng Jalanan di Ipoh. - Foto FB Polis Daerah Ipoh.
Polis melakukan pemeriksaan terhadap seorang penunggang motosikal dalam Operasi Khas Motosikal dan Pencegahan Samseng Jalanan di Ipoh. - Foto FB Polis Daerah Ipoh.

"Selain itu, kita cuba mengenalpasti motosikal yang telah diubah suai tanpa kebenaran pihak berkuasa yang cenderung terlibat dalam gejala samseng jalanan.

"Hasilnya, tiga motosikal atas kesalahan mengubah suai aksesori disita mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya di sini pada Isnin.

Yahaya berkata, pihaknya juga telah mengeluarkan 92 saman atas pelbagai kesalahan trafik antaranya termasuklah nombor plat kenderaan yang tidak mengikut peraturan, tiada lesen memandu, ubah suai struktur kenderaan dan ekzos, tiada cermin sisi serta tiada insurans.

Artikel Berkaitan:

"Ibu bapa dinasihatkan sentiasa peka dan memantau aktiviti anak-anak mereka supaya tidak terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral termasuk samseng jalanan," katanya.