RMK12: Kembalikan peranan besar sektor swasta

Kerajaan mahu melihat sektor swasta kembali memainkan peranan lebih besar bagi membantu negara memacu pertumbuhan ekonomi.
Kerajaan mahu melihat sektor swasta kembali memainkan peranan lebih besar bagi membantu negara memacu pertumbuhan ekonomi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan mahu melihat sektor swasta kembali memainkan peranan lebih besar bagi membantu negara memacu pertumbuhan ekonomi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, memberi jaminan kerajaan akan mengurangkan kerenah birokrasi dan menyediakan infrastruktur yang berkualiti dan berdaya harap selain memperkukuhkan ekosistem bagi menyokong pelaburan swasta dan membangunkan tenaga kerja mahir.

"Dasar Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA), akan dijadikan kerangka utama bagi menarik pelaburan berkualiti dan meletakkan Malaysia sebagai hab pelaburan di rantau ini.

"Insentif sedia ada akan disemak semula untuk memberi fokus kepada pelaburan berasaskan teknologi termaju dan memenuhi aspek kelestarian alam sekitar.

"Ini akan dapat menyokong hasrat negara untuk mempercepat peralihan kepada industri berteraskan pembuatan termaju, atau advanced manufacturing tanpa menjejaskan alam sekitar," katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Isnin.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, fokus utama ketika ini juga tertumpu kepada usaha mengembalikan semula momentum pertumbuhan kesemua sektor ekonomi, dan mewujudkan sumber pertumbuhan baharu.

"Pertumbuhan beberapa industri yang strategik dan berimpak tinggi, iaitu elektrik dan elektronik, perkhidmatan global, aeroangkasa, industri halal, kreatif, pelancongan, biojisim dan aktiviti pertanian pintar akan dilonjakkan.

"Transformasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) juga akan diperkasa," katanya.

Artikel Berkaitan: