Suami lengkap divaksin dibenar teman isteri bersalin

KKM memberi kebenaran kepada suami untuk menemani isteri mereka yang akan melahirkan anak di wad bersalin, hospital.
KKM memberi kebenaran kepada suami untuk menemani isteri mereka yang akan melahirkan anak di wad bersalin, hospital.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) memberi kebenaran kepada suami untuk menemani isteri mereka yang akan melahirkan anak di wad bersalin, hospital.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagaimanapun menetapkan beberapa kriteria sebelum kebenaran tersebut diberikan iaitu individu yang telah lengkap vaksinasi dan negatif Covid-19.

"Saya telah minta Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Hisham Abdullah untuk membenarkan bakal bapa yang lengkap divaksinasi menjalankan ujian Covid dan negatif untuk menemani isteri mereka di dalam bilik bersalin," katanya menerusi ciapan pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas reaksi rakyat yang memohon untuk membenarkan golongan bapa untuk menemani isteri di bilik bersalin.

Reaksi itu disambut dengan rasa syukur oleh warga maya yang menanti kebenaran tersebut.

Artikel Berkaitan: