Dua rumah musnah terbakar

Api marak ketika anggota bomba dan penyelamat tiba ke lokasi kejadian.
A
A

KAJANG – Sebanyak dua rumah di Kampung Baru Semenyih di sini, musnah terbakar, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, Zainal Elias Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 8.29 pagi.

“Seramai lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih bergegas ke lokasi kejadian. Kita kebakaran membabitkan dua rumah, sebuah rumah berkeluasan 25x40 musnah 100 peratus, manakala sebuah lagi terbakar 15 peratus,” katanya.

Beliau berkata, operasi pemadaman itu turut dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Bangi dan Nilai

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran ini.

"Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.