Zakir Naik cari calon menantu di Facebook

Catatan yang dimuat naik pada hujung minggu telah dikongsi semula sebanyak 5,000 kali. - Foto Facebook Dr Zakir Naik
Catatan yang dimuat naik pada hujung minggu telah dikongsi semula sebanyak 5,000 kali. - Foto Facebook Dr Zakir Naik
A
A
A

PENDAKWAH kontroversi, Zakir Naik ingin mencari seorang isteri untuk anaknya, Fariq Naik.

Dalam catatan di akaun Facebook miliknya, Zakir memuat naik ciri-ciri wanita yang ingin dicarinya serta biodata anaknya bagi tatapan umum.

"Saya ingin mencari seorang isteri untuk anak saya Fariq, seorang wanita solehah, supaya kedua-dua mereka mampu menjadi kekuatan antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan bersama.

"Jika anda seorang bapa atau saudara kepada wanita yang ingin saya cari ini serta ingin dinikahkan dengan anak saya, saya dengan rendah diri meminta anda hubungi saya dengan maklumat yang diminta," kata Zakir dalam catatan tersebut.

Setakat ini, catatan tersebut yang dimuatnaik pada hujung minggu telah dikongsi semula sebanyak 5,000 kal

Zakir turut meminta calon wanita untuk menyenaraikan ciri-ciri yang dia inginkan dalam mencari seorang suami.

Selain daripada kuat agama, bakal isteri yang dicari Fariq perlu sanggup menetap di Malaysia. - Awani

Artikel Berkaitan: