RMK12: Fungsi kementerian, agensi akan disusun semula

Struktur dan fungsi kementerian dan agensi akan disusun semula bagi mewujudkan organisasi yang lebih mendatar dan mengurangkan kerenah birokrasi.
Struktur dan fungsi kementerian dan agensi akan disusun semula bagi mewujudkan organisasi yang lebih mendatar dan mengurangkan kerenah birokrasi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Struktur dan fungsi kementerian dan agensi akan disusun semula bagi mewujudkan organisasi yang lebih mendatar dan mengurangkan kerenah birokrasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mekanisme pemilihan dan pengambilan pegawai pengurusan dan profesional dalam pelbagai skim juga akan diperkukuh bagi memperoleh bakat terbaik.

"Cadangan untuk memperkenalkan akta perkhidmatan awam akan dikaji bagi membolehkan pelaksanaan pengasingan kuasa dan tanggungjawab yang jelas antara anggota pentadbiran dengan penjawat awam.

"Di samping itu, pendigitalan perkhidmatan awam akan terus dipertingkat. Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 yang baru dilancarkan menggariskan hala tuju strategik pelaksanaan pendigitalan sektor awam bagi memacu agenda Kerajaan Digital yang mampan ke arah membentuk masyarakat digital.

"Kerajaan menyasarkan perkhidmatan dalam talian peringkat awal ke akhir atau end-to-end meningkat kepada 80 peratus pada tahun 2025," katanya ketika membentangkan RMK12 di Dewan Rakyat pada Isnin.

Tambah beliau, perkhidmatan awam juga akan akan ditransformasi melalui pendekatan keseluruhan kerajaan dengan mengambil kira bahawa kejayaan pelaksanaan inisiatif memerlukan keterlibatan semua peringkat kerajaan.

"Perkhidmatan awam yang menjadi nadi pentadbiran negara akan terus dimantapkan bagi meningkatkan ketelusan dan kecekapan.

"Pelaksanaan penyampaian perkhidmatan yang berkesan amat penting bagi memastikan Keluarga Malaysia benar-benar menikmati pembangunan yang dilaksanakan," katanya.

Artikel Berkaitan: