Bantuan RM3,000 untuk agensi pelancongan berlesen

Syarikat pengendalian pelancongan dan perniagaan agensi pengembaraan yang telah menerima bantuan kewangan RM3,000 di bawah inisiatif Pemerkasa layak secara automatik bagi bantuan Pemulih dan tidak perlu membuat permohonan.- Gambar hiasan
Syarikat pengendalian pelancongan dan perniagaan agensi pengembaraan yang telah menerima bantuan kewangan RM3,000 di bawah inisiatif Pemerkasa layak secara automatik bagi bantuan Pemulih dan tidak perlu membuat permohonan.- Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan akan menyalurkan bantuan kewangan RM3,000 kepada syarikat pengendalian pelancongan berlesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

Ia merupakan kali kedua bantuan sama diberikan kepada agensi pelancongan berdaftar, yang mana sebelum ini adalah menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

MOTAC dalam satu kenyataan pada Isnin menyatakan syarikat pengendalian pelancongan dan perniagaan agensi pengembaraan yang telah menerima bantuan kewangan RM3,000 di bawah inisiatif Pemerkasa layak secara automatik bagi bantuan Pemulih dan tidak perlu membuat permohonan.

“MOTAC menyeru syarikat pengendali pelancongan berlesen di bawah kementerian yang tidak pernah menerima bantuan kewangan di bawah inisiatif Pemerkasa untuk mengambil peluang ini mengemukakan permohonan kepada pihak kami,” kata MOTAC.

Tarikh tutup permohonan pada 15 Oktober dan sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan PEMULIH, layari laman sesawang rasmi MOTAC di http://motac.gov.my/pemulihmotac2021 atau hubungi pejabat MOTAC negeri berdekatan.- Bernama

Artikel Berkaitan: