X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Covid-19: Hidup kembali normal dengan vaksinasi tahunan

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

WASHINGTON - Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Albert Bourla pada Ahad berkata, dunia berupaya kembali kepada kehidupan normal daripada pandemik Covid-19 dengan syarat adanya vaksinasi secara tahunan.

"Saya setuju bahawa, dalam setahun, kita akan dapat kembali ke kehidupan normal. Ini tidak bermakna varian ini akan terhapus... dan senario paling mungkin, vaksinasi tahunan. Tetapi kita tidak tahu. Kita perlu menunggu dan lihat data," lapor Sputnik memetik ABC News.

Beliau berkata, Pfizer akan segera menyediakan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) data berdasarkan percubaan vaksin syarikat itu dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, yang dikatakan telah membuktikan keberkesanan dan keselamatan suntikan vaksin Covid-19 untuk kumpulan umur berkenaan.- Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!