RM2.25 bilion bantuan perumahan rakyat miskin

Kerajaan komited memastikan penyediaan rumah kediaman yang mencukupi, berkualiti, dan mampu milik demi kesejahteraan Keluarga Malaysia. - Gambar hiasan
Kerajaan komited memastikan penyediaan rumah kediaman yang mencukupi, berkualiti, dan mampu milik demi kesejahteraan Keluarga Malaysia. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM2.25 bilion bagi menyediakan bantuan perumahan kepada rakyat miskin dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan itu adalah bagi membina dan membaik pulih sebanyak 85,500 unit rumah di bawah Program Bantuan Rumah, 75,000 di kawasan luar bandar dan hampir 10,500 unit rumah di kawasan bandar.

Menurutnya, ia tidak termasuk pembinaan rumah yang dilaksanakan di bawah kerajaan negeri, sektor korporat dan Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO).

"Selaras dengan Dasar Perumahan Negara, kerajaan komited memastikan penyediaan rumah kediaman yang mencukupi, berkualiti, dan mampu milik demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

"Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan telah membina lebih daripada 282,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh RMK11.

"Sebanyak 500,000 unit lagi rumah mampu milik akan dibina dalam RMK12 bagi meningkatkan peluang kumpulan B40 dan M40 memiliki rumah," katanya ketika membentangkan RMK12 di Dewan Rakyat pada Isnin.

Tambahnya, selain itu kemudahan pembiayaan termasuk Dana untuk Rumah Mampu Milik, Skim Perumahan Belia dan Program Rent-to-Own (RTO), akan ditambah baik bagi memastikan golongan B40 dan M40 tidak terbeban dengan bayaran ansuran.

Artikel Berkaitan: