'Pengadil rosakkan perlawanan'

Jose Mourinho
Jose Mourinho
A
A
A

PENGENDALI AS Roma, Jose Mourinho mempersoalkan beberapa keputusan pengadil yang menyaksikan pasukannya tewas kepada Lazio 2-3 dalam aksi Seri A di Stadio Olimpico pada awal pagi Isnin.

Menurutnya, kualiti pengadil perlawanan, Marco Guida tidak berada pada tahap sepatutnya yang sekali gus memberikan kesan kepada kekalahan pasukannya itu.

"Sangat mengecewakan kerana sebuah perlawanan yang bagus dirosakkan oleh pengadil dan VAR yang tidak berada pada tahap sepatutnya dalam perlawanan ini.

"Gol kedua sepatutnya menjadi 1-1 tetapi sebaliknya menjadi 2-0. Tindakan pengadil yang tidak melayangkan kad kuning kedua kepada (pemain tengah Lazio) Lucas Leiva juga wajar dipertikaikan. Saya rasa pasukan saya bermain jauh lebih baik berbanding lawan.

"Kami menguasai perlawanan dan memberikan Lazio masalah besar. Mereka menguasai perlawanan pada minit-minit akhir dengan cara yang mereka mahukan dan kerana pengadil membenarkan mereka menguasai perlawanan," katanya.

Dalam perlawanan itu, Roma dikejutkan gol Sergej Milinkovic-Savic seawal minit ke-10 yang kemudiannya digandakan oleh Pedro Rodriquez pada minit ke-19.

Gol tersebut dipertikaikan Mourinho kerana sebelum jaringan itu terhasil, pemain Roma, Nicolo Zaniolo terlebih dahulu dikasari oleh Elseid Hysaj namun tidak diendahkan oleh pengadil.

Roma merapatkan kedudukan pada minit ke-41 menerusi gol Roger Ibanez sebelum Felipe Anderson menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-63.

Artikel Berkaitan:

Skuad kendalian Mourinho itu sekali lagi mengecilkan jurang gol menerusi gol penalti Jordan Veretout pada minit ke-69, namun gagal mencari gol penyamaan.