RMK12: Langkah lebih tegas kekang PATI

Sebahagian PATI yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan.
Sebahagian PATI yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan.
A
A
A

SHAH ALAM- Kerajaan akan memastikan langkah yang lebih tegas diambil untuk melaksanakan pelan menyeluruh dan memperkukuh Ops Benteng bagi mengekang pendatang asing tanpa izin (PATI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelbagai inisiatif dilakukan bagi menjamin keselamatan rakyat dan kedaulatan negara.

Jelasnya, ia merangkumi langkah menambah baik kesiapsiagaan, kawalan sempadan dan penguatkuasaan, mempertingkat ketenteraman awam, mengukuhkan keselamatan dan pertahanan siber serta menjaga kebajikan anggota.

“Antara projek yang akan dilaksanakan, termasuk Marine Police Sea Monitoring System di lima wilayah maritim, pembinaan Bare Base Tentera Udara Bintulu, Sarawak, pembinaan Hospital Angkatan Tentera Terendak, Melaka dan peningkatan keupayaan aset maritim.

“Selain itu, kem tentera baharu di Felda Sahabat, Kem 5 Briged di Kota Belud dan Kem Pasukan Gerakan Am di Beluran, Sabah akan siap dibina dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara akan diperkenal, bagi menetapkan hala tuju industri tempatan berkaitan pertahanan dan keselamatan,” katanya ketika pembentangan RMK12 pada Isnin.

Tambah beliau, bagi memastikan kebajikan anggota tentera dan penguat kuasa terbela, 10,200 unit rumah keluarga angkatan tentera dan kuarters sedang dibina dan boleh diduduki dalam tempoh RMK12.

Artikel Berkaitan: