RMK12 fokus pulihkan ekonomi negara

Pemulihan ekonomi negara antara perkara utama difokuskan dalam RMK12 dengan ambil kira landskap sosiekonomi pasca Covid-19 dan pencapaian RMK11 untuk tempoh 2016-2020 lalu. - Foto 123RF
Pemulihan ekonomi negara antara perkara utama difokuskan dalam RMK12 dengan ambil kira landskap sosiekonomi pasca Covid-19 dan pencapaian RMK11 untuk tempoh 2016-2020 lalu. - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemulihan ekonomi negara antara perkara utama yang difokuskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dengan mengambil kira landskap sosiekonomi pasca Covid-19 dan pencapaian RMK11 untuk tempoh 2016-2020 lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia selaras dengan semangat Keluarga Malaysia serta mengambil aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Agenda Pembangunan Mampan 2030.

"RMK12 ini digubal ketika dunia sedang mengharungi cabaran getir pandemik Covid-19. Ramai dalam kalangan kita, Keluarga Malaysia yang terkesan. Dalam persekitaran dan kebiasaan baharu ini, ada yang hilang nyawa dan pekerjaan.

"Demi kelangsungan hidup, ada di antara kita yang terpaksa menceburi bidang kerja yang baharu atau melakukan dua pekerjaan dalam satu masa. Takziah kepada ahli keluarga mangsa-mangsa yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

"Marilah kita berdoa, semoga usaha membendung pandemik ini dirahmati, dan situasi ini dapat ditangani serta berakhir dengan segera," katanya ketika membentangkan dokumen RMK12 bertemakan Keluarga Malaysia - Makmur, Inklusif, Mampan’ di Dewan Rakyat pada Isnin.

Artikel Berkaitan: