Dua banduan didakwa sebabkan kematian rakan sepenjara

Kedua-dua banduan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian rakan sepenjara mereka di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, pada Isnin
Kedua-dua banduan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian rakan sepenjara mereka di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, pada Isnin
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Dua banduan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini pada Isnin kerana menyebabkan kematian rakan sepenjara mereka di Penjara Marang Ogos lalu.

Mengikut pertuduhan, Adura Mustapha, 39, dan Azizul Danial Muhammad, 35, didakwa melakukan perbuatan itu ke atas, Hamiddi Kamaruddin, 48, di Bilik R8 Zon 2, Penjara Marang, Marang, jam 2 petang pada 21 Ogos lalu.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 (a)Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 3 November ini untuk sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan: