Sila log masuk terlebih dahulu.

Puteri pengasas Huawei selamat kembali ke China

27 September 2021 | SocMed Flash
A
A
A

Selepas tiga tahun berlalu, Hakim Kanada mengakhiri prosiding ekstradisi ke atas Ketua Pegawai Kewangan Huawei yang juga anak kepada pengasas jenama itu, Meng Wanzhou.

Ketua Hakim Bersekutu Mahkamah Agung British Columbia, Heather Holmes, memerintahkan syarat jaminan terhadap Wanzhou dibatalkan, sekali gus mengakhiri kes itu.

Keputusan dibuat selepas Wanzhou mencapai perjanjian pendakwaan yang ditangguhkan dengan Amerika Syarikat (AS) untuk mengelakkan tuduhan penipuan.

Wanzhou menghabiskan hampir tiga tahun di dalam tahanan rumah di Vancouver ketika mencabar perintah mengekstradisi ke AS untuk menghadapi tuduhan penipuan berkaitan penjualan peralatan oleh anak syarikat Huawei di Iran kerana melanggar sekatan.

CFO Huawei itu kembali ke China pada Ahad.

SUMBER: XINHUA

Untuk baca berita menarik lain, klik di sini

#SinarHarian #VideoSinar #China #Huawei #AS #MengWanzhou