Hampir 29,000 remaja lengkap dos suntikan

Pelajar tingkatan lima, Kovshik Ram Pannirchelven,17, menerima suntikan vaksin Pfizer pada Program Vaksin Anakku di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail pada Ahad.
 - Foto fail Bernama
Pelajar tingkatan lima, Kovshik Ram Pannirchelven,17, menerima suntikan vaksin Pfizer pada Program Vaksin Anakku di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail pada Ahad.
 - Foto fail Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Seramai 28,982 atau 0.9 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap suntikan dos vaksin di seluruh negara.

Data dikeluarkan oleh Covid Now yang dikemaskini jam 11.59 Ahad menunjukkan seramai 860,270 individu daripada kumpulan itu belum lengkap divaksinasi.

Data berkenaan juga menunjukkan seramai 28.2 peratus remaja sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan berdasarkan unjuran, dalam tempoh 39 hari seramai 2,518,000 remaja lengkap divaksinasi pada 5 November depan.

Ia merupakan 80 peratus daripada jumlah populasi golongan itu di negara ini.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Remaja (PICK-Remaja) dilancarkan pada 18 September lalu dengan menyasarkan seramai mungkin remaja diberi suntikan vaksin Covid-19 sebelum sesi persekolahan dibuka Oktober ini.

Melalui data sama, populasi dewasa pula, seramai 19,633,681orang atau 83.7 peratus lengkap suntikan dos vaksin dalam tempoh sama

Ia termasuk individu yang menerima dos vaksin tunggal iaitu CanSino.

Seramai 22,834,060 individu di seluruh negara pula menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 manakala 269,465 dos merangkumi 117,196 dos pertama dan 152,269 dos kedua diberikan pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, data itu turut menunjukkan sebanyak 183,289 kes aktif direkodkan merangkumi 152,299 menjalani kuarantin di rumah, 20,147 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) dan hospital 9,793 orang.

Sebanyak 468 kes ditempatkan di unit rawatan rapi dan 582 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes kematian meningkat kepada 25,437 apabila terdapat pertambahan 278 kes dilaporkan.

Daripada pertambahan tersebut, sebanyak 99 kes kematian di luar fasiliti kesihatan turut direkodkan menjadikannya 5,022 kes.