Jimenez kembali berbisa

Raul Jimenez - Foto Premier League
Raul Jimenez - Foto Premier League
A
A
A

WOLVERHAMPTON Wanderers melebarkan kemarau kemenangan Southampton kepada enam perlawanan apabila menjinakkan tuan rumah 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Saint Mary's.

Tiga mata Wolves kendalian Bruno Lage dipacu jaringan pemain sensasi Mexico, Raul Jimenez pada minit ke-61 sekali gus melonjak pelawat ke tangga 14 liga selepas mengumpul enam mata selepas mengharungi enam perlawanan.

Sementara The Saints dipimpin Ralph Hasenhuettl's berada di kedudukan ke-16 liga dengan empat mata selepas mengharungi enam perlawanan.

Gol Jimenez itu merupakan gol pertamanya sejak kali terakhir merobek gawang lawan pada Oktober tahun lalu ketika menentang Newcastle United.

Untuk rekod, Jimenez penyerang berusia 30 tahun sebelum ini mengalami kecederaan selepas bertembung pemain sensasi Arsenal, David Luiz pada 29 November lalu ada bahagian kepala menyebabkan terpaksa berehat panjang.

"Saya mahu menjaringkan lebih banyak gol dalam setiap perlawanan selepas ini, saya percaya dapat mengakhiri kemarau jaringan dan ia terbukti pada hari ini.

"Kemenangan ini adalah untuk pemain-pemain Wolves yang sememangnya layak diberikan pujian atas persembahan di laman The Saints.

"Empat daripada lima perlawanan sebelum ini pasukan pamer karakter yang amat diperlukan dalam meraih keputusan positif," ujar Jimenez.

Artikel Berkaitan: