X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

Perkhidmatan kesihatan perlu dana tambahan

Foto 123rf (Gambar kecil, Sharifa Ezat)
A
A

SHAH ALAM - Sektor perkhidmatan kesihatan negara memerlukan sejumlah peruntukan tambahan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi memastikan pandemik Covid-19 dapat ditangani sepenuhnya.

Pakar Kesihatan Awam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, peruntukan tambahan itu bertujuan merawat pesakit termasuk penyediaan alatan perubatan dengan lebih banyak di setiap fasiliti kesihatan awam.

Peruntukan itu juga, katanya penting bagi memastikan program vaksinasi berjalan lancar tanpa membebankan petugas barisan hadapan.

“Sekarang kesihatan awam berdepan isu bajet yang kurang, sedangkan kita perlu menggiatkan usaha vaksinasi. Sebagai contoh, kalau mereka tak datang vaksin, kita kena kesan mereka.

“Mungkin tak datang sebab kena kuarantin atau sebaliknya. Jadi, semua ini perlukan tenaga dan juga wang tambahan,” katanya.

Dr Sharifa Ezat menambah, kerajaan juga perlu memberikan penekanan kepada aspek kesihatan mental rakyat.

“Kalau kita tengok ada antara mereka yang mengalami tekanan, bunuh diri malah ada juga warga emas yang kesunyian. Justeru, peruntukan diperlukan untuk melaksanakan program kesihatan mental ini,” ujar beliau.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!