X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Hamilton sambar gelaran ke-100

Hamilton menjuarai GP Rusia di Litar Sochi sebentar tadi.
A
A

PEMANDU sensasi Mercedes, Lewis Hamilton meraih kejuaraan ke-100 Formula Satu (F1) dalam kariernya selepas mengungguli perlumbaan Grand Prix (GP) Rusia sebentar tadi.

Dalam perlumbaan di Litar Sochi itu, Hamilton yang juga juara dunia tujuh kali bertindak bijak apabila menukar tayar jenteranya ketika hujan mula turun pada penghujung perlumbaan.

Tindakan Hamilton itu nyata membuahkan hasil apabila dia melintasi garisan penamat selaku juara, sekali gus memimpin kejuaraan dengan kutipan 246.5 mata - meninggalkan pemandu Red Bull Racing, Max Verstappen dengan perbezaan dua mata.

Verstappen yang memulakan saingan di petak ke-20 akibat dikenakan penalti kerana pertukaran unit kuasa turut cemerlang dengan menamatkan saingan di tempat kedua manakala Carlos Sainz (Ferrari) berada di kedudukan ketiga.

Pada perlumbaan tersebut, pemandu McLaren, Lando Norris tampak berpeluang untuk meraih kemenangan pertamanya musim ini.

Namun, kedegilan Norris melanggar arahan pasukannya mengundang padah apabila dia sekadar menamatkan saingan di tempat ketujuh.

“Pasukan melakukan kerja dengan cukup baik dan membuat keputusan tepat untuk membawa saya masuk ke pit bagi menukar tayar. Sukar bagi saya untuk mengejar Norris jika tanpa hujan pada penghujung perlumbaan,” kata Hamilton.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!