Shah Alam dilanda banjir kilat

Kawasan di Batu 3, di sini dinaiki air akibat hujan lebat tanpa henti sejak jam 3 petang.
Kawasan di Batu 3, di sini dinaiki air akibat hujan lebat tanpa henti sejak jam 3 petang.
A
A
A

SHAH ALAM - Beberapa kawasan di sini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat yang melanda daerah tersebut pada Ahad.

Banjir yang melanda kawasan tersebut terjadi akibat hujan lebat tanpa henti sejak jam 3 petang tadi.

Salah seorang penduduk di Batu 3, di sini, Muhamad Hafiezi Kamaruzaman, 32, berkata, banjir kilat di hadapan sebuah stesen minyak dengan ketinggian air sekitar 0.5 meter.

Menurutnya, terdapat beberapa buah kenderaan seperti motosikal dan bas juga gagal meredah kawasan banjir di sini, malah ada yang bertindak berpatah balik.

Antara kawasan di Shah Alam dinaiki air selepas hujat lebat. - Foto ihsan pembaca
Antara kawasan di Shah Alam dinaiki air selepas hujat lebat. - Foto ihsan pembaca

Selain itu, lelaki itu turut melaporkan bahawa keadaan banjir di sekitar sebuah kilang gula di sini juga masih belum reda.

"Laluan keluar dari Seksyen 19 menghala ke Lebuh Raya Persekutuan dinaiki air hingga ke paras betis atau lutut kira-kira 0.5 meter, namun jalan di berlainan arah dilaporkan semakin reda.

"Saya nampak beberapa buah kenderaan seperti motorsikal dan bas gagal melalui kawasan tersebut, ada juga yang berpatah balik," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Bebenang @paultank di Twitter memaparkan beberapa kawasan di Shah Alam yang dilanda banjir kilat pada Ahad.
Bebenang @paultank di Twitter memaparkan beberapa kawasan di Shah Alam yang dilanda banjir kilat pada Ahad.

Dalam pada itu, turut tular beberapa gambar dan video dalam media sosial memaparkan keadaan banjir di sekitar kawasan ini.

Salah seorang pemilik akaun Twitter bernama @paultank memuatnaik video dan gambar menerusi satu bebenang yang memaparkan beberapa lokasi yang dilanda banjir di sekitar sini.