PKPD di dua lokaliti di Pahang

Gambar hiasan - Foto fail Bernama
Gambar hiasan - Foto fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Dua lokaliti di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa pada 28 September hingga 11 Oktober ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti tersebut membabitkan Kampung Orang Asli Sungai Mai, Jerantut dan Kampung Inoi, Rompin iaitu di kampung orang asli pinggiran.

“Setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD akan dilaksanakan di lokaliti berikut.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau berkata, PKPD melibatkan lokaliti Rancangan Rumah Murah (RRM) Kampung Kolek, Sungai Lembing, Kuantan, Pahang akan ditamatkan esok seperti yang dijadualkan.

“Setelah meneliti pembentangan oleh KKM mengenai situasi semasa, PKPD akan ditamatkan di lokaliti tersebut,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: