X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

Kanak-kanak perempuan dipercayai lemas terjatuh dalam longkang

Mangsa dikatakan dibawa arus setelah dipercayai terjatuh dalam longkang berhampiran Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom di sini petang Ahad.
A
A

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak perempuan dipercayai lemas setelah terjatuh dalam longkang berhampiran Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom di sini petang Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.18 petang.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira jam 6.29 petang.

"Mengikut maklumat yang diterima daripada polis memaklumkan mangsa berumur empat tahun dipercayai hanyut dibawa arus setelah terjatuh ke dalam longkang berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, ketika ini usaha mengesan dan mencari mangsa sedang dijalankan oleh pihaknya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!