Warga emas kontak rapat kes Covid-19 ditemui mati dalam parit

Anggota bomba mengangkat mayat wanita warga emas yang ditemukan dalam parit di Parit Bentong, Jalan Parit Jalil, Tongkang Pechah, Batu Pahat, pada Ahad.
Anggota bomba mengangkat mayat wanita warga emas yang ditemukan dalam parit di Parit Bentong, Jalan Parit Jalil, Tongkang Pechah, Batu Pahat, pada Ahad.
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang wanita warga emas yang merupakan kontak rapat kes positif Covid-19, ditemui lemas dalam parit di Parit Bentong, Jalan Parit Jalil, Tongkang Pechah di sini pada Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, Timbalan Penguasa Bomba II, Firdaus Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 11.54 pagi.

"Seramai 10 anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu utiliti Hilux dan dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Mangsa, Jamyah Abd Alim yang berusia 73 tahun merupakan kontak rapat kes Covid-19 iaitu Pesakit Dalam Pemantauan (PUS)," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Firdaus berkata, dalam kejadian tersebut, pihaknya dihubungi bagi membantu pihak polis setelah keluarga mangsa menyedari mangsa tidak pulang ke rumah sejak malam Sabtu.

"Orang ramai kemudiannya berusaha mencari sehingga menemui mayat mangsa dalam parit sedalam 1.5 meter.

"Mayat mangsa berjaya diangkat dalam masa lima minit dengan memakai pakai perlindungan diri sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada jam 12.39 tengah hari," katanya.

Artikel Berkaitan: