Covid-19: Hanya sembilan kes libatkan jangkitan paru-paru di Sarawak

Hanya sembilan daripada 2,943 kes positif Covid-19 di Sarawak pada Ahad melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator. - Foto 123rf
Hanya sembilan daripada 2,943 kes positif Covid-19 di Sarawak pada Ahad melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator. - Foto 123rf
A
A
A

KUCHING - Hanya sembilan daripada 2,943 kes positif Covid-19 di Sarawak pada Ahad melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan baki 2,934 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 199,089.

Selain itu, sebanyak 10 kes kematian baharu akibat wabak itu dilaporkan menjadikan angka kematian keseluruhan meningkat kepada 759 orang.

“JPBN turut memaklumkan terdapat satu kluster komuniti diisytihar hari ini iaitu Kluster Sungai Poh yang melibatkan penduduk di sebuah rumah panjang di kawasan Sungai Poh, Limbang.

“Untuk kluster itu, seramai 44 individu didapati positif termasuk kes indeks hasil saringan 47 individu,” menurut JPBN dalam kenyataan pada Ahad. - Bernama

Artikel Berkaitan: