X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

Manfaatkan tamadun digital untuk kesejahteraan rakyat: Presiden China

Presiden China Xi Jinping
A
A

BEIJING - Presiden China Xi Jinping berkata, China komited untuk bersama masyarakat antarabangsa memikul tanggungjawab untuk memanfaatkan tamadun digital untuk kesejahteraan manusia sejagat.

Beliau berkata, selain itu China berikrar bekerjasama dengan pelbagai negara untuk merangsang kedinamikan ekonomi digital dan meningkatkan kecekapan selain mengoptimumkan persekitaran sosial digital.

“China juga mahu berkongsi dengan negara lain untuk membentuk pola kerjasama digital dan membina perintang keselamatan digital agar tamadun digital dapat memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat pelbagai negara, sekali gus mendorong pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan,” katanya.

Xi berkata demikian dalam perutusan tahniah sempena Sidang Kemuncak Persidangan Internet Dunia (WIC) 2021 di Wuzhen, provinsi Zhejiang, China pada Sabtu.

Beliau berkata, teknologi digital sedang diterima pakai dalam semua bidang dan proses yang melibatkan ekonomi, politik, kebudayaan, sosial dan pembangunan tamadun ekologi dengan konsep, format dan model baharu.

“Keadaan ini memberi kesan meluas dan mendalam kepada pengeluaran serta kehidupan manusia.

"Dunia sedang mengalami perubahan yang belum pernah berlaku dan impak penularan pandemik Covid-19. Dengan ini, kerjasama masyarakat antarabangsa dikehendaki mengikuti arus perkembangan semasa yang semakin bergantung kepada maklumat, pendigitalan, akses internet dan kecerdasan buatan untuk merebut peluang dan mengharungi cabaran." kata Xi.

Sidang kemuncak kali ini bertemakan 'Melangkah Ke Era Baharu Tamadun Digital - Membina Bersama Komuniti Berkongsi Nasib Siber'. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!