Dua maut, 120 anggota Maritim Johor positif Covid-19

Nurul Hizam (dua dari kiri) menunjukkan perairan Johor timur yang sering diceroboh kapal dagang asing terutama berlabuh tanpa kebenaran Jabatan Laut Malaysia, selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor, Johor Bahru pada Ahad.
Nurul Hizam (dua dari kiri) menunjukkan perairan Johor timur yang sering diceroboh kapal dagang asing terutama berlabuh tanpa kebenaran Jabatan Laut Malaysia, selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor, Johor Bahru pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor meninggal dunia akibat positif Covid-19 dalam tahun ini.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Bintara Muda Maritim (M) Mohamad Poudzi Aziz, meninggal dunia pada 17 September lalu manakala Pegawai Waran II Maritim (M), Muhamat Nazri Othman meninggal dunia pada 16 Ogos lalu.

"Kedua-dua anggota tersebut yang berusia 55 tahun dijangkiti Covid-19 semasa melakukan operasi. Mohamad Poudzi telah berkhidmat selama 16 tahun manakala Muhamat Nazri pula sudah berkhidmat selama 15 tahun.

"Sejak pandemik tersebut seramai 120 anggota Maritim Johor positif Covid-19 tidak termasuk ahli keluarga mereka manakala jumlah mereka yang dikuarantin pula seramai 360 orang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor, Menara Tabung Haji di sini pada Ahad.

Nurul Hizam berkata, anggota atau pegawai yang terlibat dalam operasi semuanya melibatkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk melibatkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurutnya, sepanjang operasi dilakukan, hanya lima suspek warga asing didapati positif Covid-19 iaitu pada bulan lalu.

Artikel Berkaitan: