X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 27 Oktober 2021

Anggota tentera, bekas tunang didakwa gugur janin

Tertuduh pertama (dua dari kiri) dan tertuduh kedua (dua dari kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas kesalahan menggugurkan janin.
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Seorang anggota tentera berpangkat Koperal dan bekas tunangnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas dakwaan mengugurkan janin yang berusia lima bulan pada Mei dua tahun lalu.

Tertuduh wanita yang merupakan tertuduh pertama berusia 20 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu manakala tertuduh lelaki yang juga tertuduh kedua berusia 26 tahun pula mengaku bersalah atas pertuduhan sama.

Mereka didakwa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama menggunakan sebiji pil miferistone dengan niat hendak menggelakkan janin berusia lima bulan dalam kandungan (tertuduh pertama) daripada dilahirkan hidup atau hendak menyebabkan janin itu mati selepas kelahiran.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kok Lanas di sini pada jam 11 malam, 22 Mei 2019.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fariz Abdul Hamid, manakala kedua-kedua tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada prosiding itu, Fariz menawarkan jaminan RM5,000 setiap seorang dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh sebutan semula kes untuk hukuman bagi tertuduh kedua dan perbicaraan bagi tertuduh pertama.

Tertuduh pertama seterusnya merayu agar jumlah jaminan itu dikurangkan kerana dia tidak bekerja dan akan menyambung pengajian manakala tertuduh kedua memohon perkara sama kerana dia akan menyertai operasi serta banyak komitmen kewangan.

Mahkamah bagaimanapun mengekalkan jaminan RM5,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 27 Oktober depan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!