Salah cetak gol ke-100

Jaringan Salah pada minit ke-54 itu bagaimanapun dilihat tidak memberikan tiga mata berharga apabila skuad kendalian Jurgen Klopp diikat 3-3 oleh The Bees. - Foto Premier League
Jaringan Salah pada minit ke-54 itu bagaimanapun dilihat tidak memberikan tiga mata berharga apabila skuad kendalian Jurgen Klopp diikat 3-3 oleh The Bees. - Foto Premier League
A
A
A

PENYERANG sensasi Liverpool, Mohamed Salah merekodkan sejarah tersendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menjaringkan gol ke-100 bersama The Reds ketika berdepan Brentford di Stadium Komuniti Brentford pada Ahad.

Jaringan Salah pada minit ke-54 itu bagaimanapun dilihat tidak memberikan tiga mata berharga apabila skuad kendalian Jurgen Klopp diikat 3-3 oleh The Bees.

Pun begitu, keputusan berkenaan menyaksikan Liverpool kini menerajui carta EPL dengan 14 mata manakala Brentford berada pada kedudukan kesembilan dengan sembilan mata setelah kedua-dua mengharungi enam perlawanan setakat ini.

Pada perlawanan berkenaan, Brentford mengejutkan pelawat menerusi jaringan Ethan Pinnock pada minit ke-27 sebelum Diogo Jota menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-31.

Minit ke-54 menyaksikan Salah menjaringkan gol kedua yang juga gol ke-100 beliau sepanjang 150 penampilan bersama The Reds.

Bagaimanapun, tuan rumah kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Vitaly Janet pada minit ke-63.

Misi meraih tiga mata Liverpool hampir menjadi kenyataan apabila Curtis Jones menjaringkan gol ketiga pelawat pada minit ke-67, namun pemain The Bees, Yoane Wissa menyamakan kedudukan pada minit ke-82 dan menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata.

Artikel Berkaitan: