Perluas jualan kit ujian kendiri Covid-19 selain di farmasi

Permintaan terhadap kit ujian kendiri akan menjadi lebih besar dan menjadi beban kos bulanan bagi setiap isi rumah dan perniagaan pada zaman normal baharu.
Permintaan terhadap kit ujian kendiri akan menjadi lebih besar dan menjadi beban kos bulanan bagi setiap isi rumah dan perniagaan pada zaman normal baharu.
A
A
A

SHAH ALAM – Farmasi tidak boleh menjadi satu-satunya sahaja tempat untuk membeli kit ujian kendiri Covid-19, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, permintaan terhadap kit ujian kendiri akan menjadi lebih besar dan menjadi beban kos bulanan bagi setiap isi rumah dan perniagaan pada zaman normal baharu.

“Kit ujian ini patut diedar di mana-mana pasar raya, 7-Eleven, kedai runcit dan sebagainya untuk memudahkan rakyat dan menggalakkan persaingan yang lebih meluas demi menurunkan harga,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bahawa farmasi adalah tempat terbaik untuk membeli kit ujian kendiri Covid-19.

Kata Khairy, ahli farmasi dapat mendidik masyarakat mengenai kaedah penggunaan, penyimpanan dan pelupusan kit-kit berkenaan, serta mengambil tindakan susulan dan menyediakan kaunseling selepas keputusan diperoleh.

Tambah Najib, pembelian secara dalam talian terus daripada pengedar dan pengeluar juga patut dibenarkan seperti yang pernah disenaraikan dalam aplikasi MySejahtera.

“Nasihat dan panduan penggunaan kit perlu diberi dalam bentuk video-video tutorial oleh pengedar dan pengeluar masing-masing,” katanya.

Artikel Berkaitan: