Indeks kos sara hidup baharu jamin kehidupan rakyat

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kanan) menyerahkan anugerah kepada Ahmad Fakarulnizam Zakaria (dua, kiri) sempena Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) 2018 di Menara Kembar Bank Rakyat hari ini. - Foto: Bernama
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kanan) menyerahkan anugerah kepada Ahmad Fakarulnizam Zakaria (dua, kiri) sempena Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) 2018 di Menara Kembar Bank Rakyat hari ini. - Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yakin indeks untuk mengukur kos sara hidup dapat mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat terutama dalam konteks harga barang.

Menteri berkenaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kadar Indeks Harga Pengguna (IHP) yang diguna pakai sekarang dilihat tidak menggambarkan kedudukan sebenar kos sara hidup terutama bagi harga barang.

Beliau berkata indeks baharu yang akan diperkenalkan itu dapat memberi jaminan dan mengenal pasti ukuran bacaan yang lebih tepat mengenai keadaan sebenar harga barang dan kos hidup.

"Selama ini, kita (kerajaan) bergantung kepada IHP atau indeks inflasi, contohnya IHP atau indeks inflasi itu memang rendah, tetapi di satu sisi (walaupun) rendahnya indeks itu, ia tidak dirasai dalam bentuk kehidupan sebenar rakyat di bawah.

"Maka, kami (kerajaan) merasakan indeks baharu ini adalah satu keperluan untuk dijadikan sebagai garis panduan yang dapat menggambarkan realiti sebenar yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 kementeriannya, di sini hari ini.

Saifuddin berkata antara agensi yang terlibat dalam melaksanakan indeks itu ialah Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan akan mencadangkan satu indeks pengukur kos sara hidup bagi menentukan kenaikan gaji lebih munasabah.

Lim dilapor berkata kaedah pengukuran IHP yang diguna pakai pada masa ini tidak mencukupi untuk menentukan kenaikan gaji sebenar yang diperlukan rakyat.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Saifuddin menyampaikan sijil dan hadiah kepada 108 pekerja daripada tiga agensi di bawah kementerian itu yang terdiri daripada 67 petugas Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); 36 kakitangan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan lima daripada MyCC. - Bernama