X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Tidak ada sebarang projek, kontrak saya luluskan: Khalid

Khalid Samad
A
A

SHAH ALAM - "Seingat saya, tidak ada sebarang projek atau kontrak yang saya sokong atau luluskan sebagaimana yang dibayangkan,” kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan media yang mendakwa seorang bekas menteri PH memberi sokongan kepada permohonan sebuah syarikat pemaju swasta untuk mendapatkan sebidang tanah di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, beliau yang juga Bekas Menteri Wilayah Persekutuan tidak dapat mengulas lanjut kerana kandungan surat itu tidak didedahkan secara terperinci.

“Sebuah portal berita melaporkan bahawa saya telah menandatangani satu surat untuk menyokong atau membenarkan satu projek dijalankan ketika saya menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dahulu.

“Sebuah media lain pula turut membuat laporan yang sama, tetapi kemudiannya telah menarik balik laporan itu.

“Oleh kerana saya tidak tahu projek mana yang dimaksudkan oleh media pro bekas Menteri Ekonomi Pakatan Harapan yang kemudian melompat macam katak untuk menjadi Menteri kanan Perikatan Nasional, saya tidak boleh memberikan apa-apa penjelasan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada Jumaat, media melaporkan seorang menteri pada zaman pentadbiran PH didapati memberikan sokongan menerusi memo daripada pejabat menteri kepada permohonan sebuah syarikat pemaju swasta untuk mendapatkan sebidang tanah di Kuala Lumpur walaupun ia bercanggah dengan polisi kerajaan PH pada ketika itu.

Berdasarkan surat yang dilihat, permohonan tersebut dibuat oleh sebuah syarikat tersebut untuk mendapatkan kelulusan bagi memindahkan plot tanah di ibu negara pada 2019 bagi tujuan pembangunan bercampur.

Kandungan surat tersebut mendapati syarikat terbabit telah membuat permohonan berkenaan selepas PH mengambil alih pentadbiran negara.

Beliau turut mengingatkan agar tragedi yang berlaku kepada Menteri Besar Kedah yang mendakwa Datuk Seri Mukhriz Mahathir membuat onar dan kemudiannya memberi kesan kepada tidak berulang dalam kes ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!