X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

83.1 peratus individu dewasa lengkap vaksinasi

Seramai 19,454,273 individu, atau 83.1 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat Sabtu. (Gambar hiasan) - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 19,454,273 individu, atau 83.1 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat Sabtu.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi akaun Twitternya pada Ahad memaklumkan sebanyak 93.7 peratus atau 21,923,560 individu daripada populasi dewasa di Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin setakat semalam.

Sementara itu Kementerian KesihatanMalaysia (KKM) pula dalam perincian yang dikongsi menerusi portal COVIDNOW hari ini memaklumkan 59.7 peratus atau 19,481,412 daripada keseluruhan populasi Malaysia sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat Sabtu.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 0.9 peratus atau 27,139 remaja sudah lengkap divaksin setakat semalam.

Bagi kedua-dua populasi dewasa dan remaja, sebanyak 259,141 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 114,618 suntikan dos pertama dan 144,523 dos kedua menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin Covid-19 negara menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mencecah 42,106,397 setakat Sabtu.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara dengan PICK remaja dimulakan pada 8 September.

COVIDNOW turut melaporkan sebanyak 228 kes kematian akibat Covid-19 dicatatkan setakat 11.59 malam Sabtu, menjadikan kumulatif kes kematian kini berjumlah 25,159.

Menurut portal GitHub KKM, jumlah itu merangkumi lapan kematian sebenar Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam semalam manakala selebihnya adalah kes kematian tertunggak atau ‘backlog’.

Bagaimanapun angka itu boleh berubah sekiranya terdapat kes kematian yang dikemas kini.

Berdasarkan graf purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari pula, 89 kes kematian sebenar akibat Covid-19 dicatatkan.

Sebanyak 36 daripada jumlah kematian baharu itu dilaporkan berlaku di luar hospital (BID). - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!