X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Pekerja maut, JKKP arah lombong henti operasi

Gambar hiasan
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kelantan mengarahkan pemilik premis sebuah lombong di Felda Aring 5, Gua Musang menghentikan semua kerja operasi pemprosesan bijih susulan kemalangan maut ke atas seorang buruh pada Khamis.

Pengarah JKKP Kelantan, Ir Abdul Aziz Salim berkata, sepasukan pegawai penyiasat daripada jabatan itu telah ke lokasi kejadian sebaik menerima berita mengenai kejadian yang berlaku pada jam 8.50 pagi itu.

“Kejadian berlaku selepas seorang lelaki warga Indonesia melakukan kerja-kerja rutin iaitu membersihkan mesin mencuci bijih sebelum memulakan operasi.

"Mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke dalam mesin ketika sedang membuat pemerhatian terhadap mesin selepas meletakkan gris," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, tindakan perundangan akan diambil sekiranya terdapat sebarang pelanggaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ke atas pihak yang bertanggungjawab.

Menurutnya, setakat ini pihaknya telah mendakwa tiga syarikat perlombongan yang beroperasi di Aring selain mengeluarkan pelbagai kompaun kerana kesalahan tidak mematuhi perundangan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!