Ular sawa masuk sekolah

Ular sawa yang ditemui dalam kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seri Gombak 2 pada Sabtu.
Ular sawa yang ditemui dalam kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seri Gombak 2 pada Sabtu.
A
A
A

GOMBAK - Seekor ular sawa batik sepanjang empat meter ditemui dalam kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seri Gombak 2 pada Sabtu.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Seri Gombak 2, Zakaria Abdul Karim berkata, kehadiran ular sawa itu disedari tukang kebun sekolah sekitar jam 7.30 pagi sebelum melaporkannya kepada pihak pengurusan.

Menurutnya, selepas menerima laporan itu, seorang guru, Nor Azman Sabu yang kebetulan sedang berbasikal bersama rakan-rakannya di kawasan berdekatan telah ke lokasi untuk menangkap reptilia berkenaan.

"Ketika itu, ular berkenaan telah masuk ke sekolah sebelah namun berjaya ditangkap sebelum diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk tindakan lanjut," katanya.

Katanya, kejadian ular masuk ke kawasan sekolah bukan kali pertama berlaku dan menafikan ia berpunca kerana sekolah dipenuhi semak samun.

"Walaupun sekolah tidak beroperasi disebabkan Covid-19, namun kami sentiasa pastikan ia dalam keadaan bersih dan tiada semak.

Tukang sapu dan pekebun lakukan kerja pembersihan setiap hari.

"Insya-ALLAH, pihak sekolah serta PIBG akan buat pemantauan dan kawalan keselamatan sebelum sekolah kembali dibuka," katanya.

Artikel Berkaitan: