Pengasas Popia Jamal meninggal dunia akibat Covid-19

Pengasas Popia Jamal, Jamal Mohamed Kadir Mydin, 85 tahun, meninggal dunia akibat Covid-19 pada Sabtu.
Pengasas Popia Jamal, Jamal Mohamed Kadir Mydin, 85 tahun, meninggal dunia akibat Covid-19 pada Sabtu.
A
A
A

ALOR SETAR- Pengasas Popia Jamal, Jamal Mohamed Kadir Mydin, 85 tahun, meninggal dunia akibat Covid-19 pada Sabtu.

Menurut anak sulung arwah, Sani Mohamad, 55 tahun, bapanya yang mempunyai komplikasi penyakit buah pinggang dan darah tinggi mengadu sukar bernafas dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada jam 1.30 pagi semalam.

“Doktor memaklumkan ayah terpaksa ditidurkan dan perlu menggunakan alat pernafasan.

“Bagaimanapun pada jam 3.45 petang, kami sekeluarga dimaklumkan oleh pihak hospital, ayah telah menghembuskan nafas terakhir,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al-Ihsan Seberang Perak sebaik selesai proses urusan di Unit Forensik HSB pada jam 11 pagi ini.

Sani Mohamad berkata, Allahyarham bapanya sebelum ini tinggal bersama adik bongsunya Fakir Mohamad, 45 tahun, di Jalan Seberang Perak, selepas mengalami pelbagai penyakit.

Kini, isteri Allahyarham Samsan Beevi Jamal Mohamed@Samsu, 68 tahun, masih dirawat di hospital sama selepas turut disahkan positif Covid-19.

Popia Jamal diasaskan Jamal Mohamed pada 1936 dan pada ketika itu dijual di hadapan Masjid Zahir, di sini.

Ia merupakan antara makanan kegemaran Sultan Kedah sebelum ini, Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim, pada majlis rasmi negeri di Istana Anak Bukit.

Artikel Berkaitan:

Selepas Allahyarham tidak berapa sihat, perniagaan Popia Jamal diwarisi dua anaknya dan dijual di Jalan Tun Abdul Razak dekat Taman Koperasi sehingga kini. -Awani