6 dikompaun rentas negeri melancong ke Pulau Redang

Pulau Redang - Foto 123RF
Pulau Redang - Foto 123RF
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Enam individu, termasuk seorang wanita, masing-masing dikenakan kompaun RM5,000 kerana merentas negeri untuk melancong ke Pulau Redang di Kuala Nerus.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata kompaun terhadap individu berumur 32 hingga 47 tahun itu dikeluarkan hasil Operasi Bersepadu Pematuhan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Bagi Fasa Tiga Dalam Sektor Pelancongan, selama dua hari bermula Jumaat lalu.

Beliau berkata, dua daripada enam individu terbabit didapati merentas negeri dari Kuala Lumpur, dua lagi dari Selangor, dan masing-masing seorang dari Pulau Pinang serta Melaka.

"Operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) berlaku.

"Ia bagi mengelakkan sebarang peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Terengganu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Rohaimi berkata, tindakan keras juga akan diambil terhadap mana-mana pengusaha resort dikesan mengabaikan SOP ditetapkan.

Antaranya, membenarkan pelancong dari luar Terengganu untuk menginap dengan tujuan melancong, atau lalai dalam memastikan penginap premis mereka sudah lengkap vaksinasi Covid-19. – Bernama

Artikel Berkaitan: