X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Kerajaan pertimbang beri bantuan modal kepada PKS terjejas

Mustapa - Foto fail Bernama
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan mempertimbangkan untuk memberi bantuan modal kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perkara tersebut dalam perancangan Kementerian Kewangan dan juga Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memastikan perniagaan yang terkesan boleh dibina semula.

Jelasnya, kerajaan juga mengarahkan bank supaya melonggarkan kemudahan kredit sebagai langkah awal untuk membantu PKS.

“Kami ada dapat rayuan daripada pihak PKS terutamanya yang mana perlukan bantuan modal. Jadi ini dalam pertimbangan kerajaan.

“Kementerian Kewangan dan BNM sedang fikirkan bagaimana nak pastikan bahawa perniagaan terkesan ini boleh dibina semula,” katanya pada program Agenda Awani: RMK-12 Asas untuk Memulihkan Negara.

Mengulas lanjut, beliau berharap agar pihak bank dapat membantu bagi memastikan PKS mempunyai modal yang secukupnya untuk menjalankan perniagaan semula.

“Akses kredit harus dilonggarkan untuk memastikan perniagaan kembali beroperasi,” ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!