X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

250 lagi kematian, 49 berlaku di luar hospital

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sejumlah 250 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19. - Foto fail Bernama
A
A

KUALA LUMPUR- Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sejumlah 250 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 24,931 kes, iaitu 1.15 peratus daripada 2.1 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sejumlah 49 daripada 250 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (BID).

Bagaimanapun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Tunggakan kes itu berlaku kerana proses bagi mengesahkan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat wabak itu, memakan masa.

Portal GitHub menunjukkan hanya sembilan kes kematian dilaporkan berlaku semalam, namun angka itu boleh berubah sekiranya terdapat kes kematian yang masih belum dikemaskini.

Berdasarkan purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari, trend kematian pesakit Covid-19 menunjukkan penurunan selaras peningkatan jumlah populasi lengkap divaksin serta yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Setakat semalam, sejumlah 59.2 peratus daripada keseluruhan populasi negara sudah menerima dos lengkap vaksin Covid-19, dan 69.2 peratus pula mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Daripada 324 kes kematian yang dilaporkan semalam, 65 daripadanya adalah di Selangor, disusuli Sabah (43), Johor (41), Pulau Pinang (20), Sarawak (16), Perak (14), Kedah (6), Kelantan (14), Pahang (9), Kuala Lumpur (6), Terengganu (6), Negeri Sembilan (4), Melaka (3) dan Perlis (3).

Dua wilayah lagi tidak merekodkan sebarang kes kematian iaitu Labuan dan Putrajaya. -Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!