Espirito Santo teruja pengalaman baharu di derbi utara London

Kapten Tottenham Hotspur, Harry Kane (kiri) menjadi sandaran Espirito Santo dalam merobek gawang Arsenal apabila kedua-dua pasukan berentap di Emirates. - Foto AFP
Kapten Tottenham Hotspur, Harry Kane (kiri) menjadi sandaran Espirito Santo dalam merobek gawang Arsenal apabila kedua-dua pasukan berentap di Emirates. - Foto AFP
A
A
A

TOTTENHAM Hotspur disifatkan dalam prestasi terbaik menjelang derbi utara London menentang Arsenal pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates pada Ahad.

Malah menurut pengendali Tottenham Hotspur, Nuno Espirito Santo, motivasi dalam kalangan pemain The Lilywhites juga tinggi selepas kemenangan ke atas Wolverhampton di saingan Piala Liga baru-baru ini.

“Perlawanan di Emirates bukan seperti perlawanan biasa lain kerana ia merupakan aksi yang memiliki keunikan tersendiri dan istimewa buat kedua-dua kelab dan penyokong-penyokong.

“Sejujurnya saya pernah melalui beberapa perlawanan derbi, namun derbi utara London Tottenham Arsenal merupakan satu pengalaman baharu buat saya.

“Kami menjangkakan ini merupakan perlawanan yang sengit kerana kedua-kedua pasukan juga sedang memperbaiki kedudukan masing-masing dalam saingan liga,” ujar Espirito Santo.

Pada masa sama Espirito Santo mengesahkan Lucas Moura berada dalam cergas untuk perlawanan menentang Arsenal dalam derbi setempat itu, namun jelas Espirito Santo lagi, The Lilywhites terpaksa melupakan sementara khidmat Steven Bergwijn yang masih belum sembuh kecederaan.

Moura mengalami kecederaan semasa menentang Rennes dalam saingan Liga Konferensi Europa di Stade Rennes minggu lalu sebelum ini terlepas perlawanan liga menentang Chelsea yang menyaksikan kelab London itu tewas 0-3.

Pemain Brazil itu berkemungkinan diturunkan bagi mengelakkan Tottenham berdepan kekalahan ketiga liga selepas lima perlawanan.

Artikel Berkaitan:

“Steven masih belum pulih, begitu juga (Ryan) Sessegnon. Tapi perkhabaran gembira Lucas telah kembali menyertai semula pasukan. Kecederaan Bergwijn pula masih memerlukan rawatan,” ujar Espirito Santo.