Pertembungan Arsenal, Tottenham bukan aksi biasa-biasa

Mikel Arteta akui tiga kemenangan diperolehi The Gunners sebelum ini penting menjelang derbi utara London menentang Tottenham Hotspur di Emirates pada Ahad.
Mikel Arteta akui tiga kemenangan diperolehi The Gunners sebelum ini penting menjelang derbi utara London menentang Tottenham Hotspur di Emirates pada Ahad.
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mengakui tiga kemenangan diperolehi The Gunners sebelum ini penting menjelang derbi utara London menentang Tottenham Hotspur di Emirates pada Ahad.

Malah menurut Arteta, semangat dalam kalangan pemain The Gunners juga berada pada tahap tinggi ditambah dengan kehadiran penyokong-penyokong untuk perlawanan derbi setempat tersebut

“Pemain-pemain Arsenal tahu bertapa pentingnya perlawanan ini dan saya kerap mengingatkan mereka mengenai derbi setempat ini apatah lagi melibatkan sejarah dua kelab yang berkait secara tidak langsung dengan penyokong-penyokong.

“Perlawanan ini cukup berbeza dengan perlawanan-perlawanan lain kerana keputusan pertemuan ini akan menjadi memori tidak hanya buat kelab tetapi juga penyokong-penyokong,” kata Arteta.

Untuk rekod, Tottenham Hotspur hanya memenangi satu perlawanan dari 28 aksi liga ketika berkunjung ke laman The Gunners sebelum ini tewas dua perlawanan terakhir liga kepada kelab London, Crystal Palace dan Chelsea.

Kapten Tottenham, Harry Kane pula muncul penjaring terbanyak derbi setempat kedua-dua pasukan tersebut dengan 11 gol.

Sementara itu, Arsenal pula berada dalam momentum positif selepas melakar tiga kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan selepas tewas kesemua tiga perlawanan awal liga sebelum ini.

Artikel Berkaitan: