Buaya sesat dalam longkang gagal dikesan

Seekor buaya Tembaga sepanjang 10 kaki yang ditemui sesat di longkang besar Kampung Jawa di sini, kira kira jam 8.30 malam tadi gagal dikesan dan dipercayai kembali semula ke habitat asalnya di Sungai Kuantan. (Kanan: Orang ramai dinasihati tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya terserempak dengan buaya tersebut sebaliknya terus menghubungi jabatan perhilitan negeri Pahang di talian 09-5178111.)
Seekor buaya Tembaga sepanjang 10 kaki yang ditemui sesat di longkang besar Kampung Jawa di sini, kira kira jam 8.30 malam tadi gagal dikesan dan dipercayai kembali semula ke habitat asalnya di Sungai Kuantan. (Kanan: Orang ramai dinasihati tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya terserempak dengan buaya tersebut sebaliknya terus menghubungi jabatan perhilitan negeri Pahang di talian 09-5178111.)
A
A
A

KUANTAN - Seekor buaya Tembaga sepanjang 10 kaki yang ditemui sesat di longkang besar Kampung Jawa di sini, kira kira jam 8.30 malam tadi gagal dikesan dan dipercayai kembali semula ke habitat asalnya di Sungai Kuantan.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Pahang, Ahmad Azhar Mohammed berkata, hal ini ekoran paras air di longkang besar tersebut telah surut dan laluan air adalah menuju ke Sungai Kuantan yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi dijumpai.

Menurutnya, bagaimanapun pihak perhilitan akan membuat pemantauan berterusan untuk keselamatan penduduk dan reptilia itu sendiri.

"Pihak Jabatan Perhilitan Kuantan menerima laporan daripada Adun Teruntum, Sim Chon Siang kira-kira jam 10 malam sebelum bergegas ke lokasi tersebut.

"Kawasan tersebut sememangnya berhampiran dengan lokasi habitat buaya iaitu Sungai Kuantan di mana mengikut rekod kita, terdapat dua spesis dikenal pasti, iaitu Julung-Julung dan Tembaga," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN Terkejut buaya besar dalam longkang

Ahmad Azhar berkata, reptilia berkenaan dipercayai telah menghala ke habitatnya di Sungai Kuantan, justeru orang awam tidak perlu berasa panik dengan kehadiran buaya itu.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi tersebut mendapati paras air telah surut berbanding malam tadi.

Beliau turut menasihati orang awam tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya terserempak dengan buaya tersebut di lokasi dan boleh terus menghubungi jabatan perhilitan negeri Pahang di talian 09-5178111.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan orang awam yang cuba menangkapnya sangat berisiko terhadap keselamatan mereka dan reptilia tersebut. Sebaiknya laporkan terus kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.

"Jika ia cedera, kebiasaannya kita akan tangkap, rawat dan lepaskan. Namun jika tidak cedera, kita akan halau mengikut laluan sungai. Buaya ini sifatnya tidak mengganggu manusia namun boleh menjadi agresif sekiranya berasa terancam," katanya.