X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

144,427 majikan mohon Program Subsidi Upah 4.0

Kenyataan media Perkeso.
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 144,427 majikan seluruh negara yang mewakili 1.7 juta pekerja memohon Program Subsidi Upah 4.0 (PSU 4.0) yang dibuka pada 1 Ogos sehingga 22 September.

Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, dalam tempoh tersebut, majikan dari Selangor paling ramai memohon iaitu sebanyak 41,467 permohonan untuk 569,157 pekerja.

Menurutnya, ia diikuti Johor sebanyak 21,697 majikan untuk 237,989 pekerja dan Kuala Lumpur dengan 20,363 majikan membuat permohonan bagi 263,211 pekerja.

“Permohonan untuk PSU 4.0 boleh dibuat melalui portal prihatin.perkeso.gov.my. Tarikh akhir permohonan adalah pada 31 Oktober.

“Bagi permohonan PSU yang ditolak, layak untuk mengemukakan permohonan PSU 4.0 Pemulih. Mereka perlu memenuhi syarat kelayakan iaitu mengalami penurunan jualan atau pendapatan bulanan tahun 2021 sebanyak 30 peratus atau lebih berbanding mana-mana bulan atau tahun 2019, 2020, 2021.

“Juga diingatkan bahawa majikan dan pekerja hendaklah berdaftar atau mencarum dengan Perkeso sebelum 1 Jun 2021. Majikan juga telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Pihak Berkuasa Tempatan sebelum 1 Jun 2021,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Jelas beliau, bagi maklumat operasi perkhidmatan kaunter di pejabat Perkeso, boleh rujuk di www.perkeso.gov.my dan platform media sosial Perkeso.

“Dropbox disediakan di luar kaunter untuk pelanggan memasukkan dokumen. Kami juga menggalakkan pelanggan menggunakan perkhidmatan dalam talian bagi semua urusan,” ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!