Manchester City hadiahkan Chelsea kekalahan pertama musim ini

Jesus (kanan) meraikan jaringan bersama Bernardo Silva semasa aksi Liga Perdana Inggeris antara Chelsea menentang Manchester City di London. - FOTO: EPA
Jesus (kanan) meraikan jaringan bersama Bernardo Silva semasa aksi Liga Perdana Inggeris antara Chelsea menentang Manchester City di London. - FOTO: EPA
A
A
A

HAJAT Chelsea untuk melebarkan kedudukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak kesampaian apabila dikejutkan dengan kekalahan 0-1 kepada penyandang juara Manchester City di Stamford Bridge malam ini.

The Blues yang tampil dengan status pendahulu liga sebelum itu selain tiga kemenangan dalam pertemuan terakhir kedua-dua pasukan sebelum ini di label pasukan pilihan dalam perlawanan di laman keramat mereka.

Namun skuad kendalian Pep Guardiola tampil luar biasa pada perlawanan itu apabila menguasai 60 peratus penguasaan bola ditambah dengan percubaan daripada Kevin de Bruyne, Jack Grealish dan Phil Foden sepanjang perlawanan

Gol dicari anak buah Guardiola akhir muncul pada babak kedua hasil jaringan minit ke-53 daripada Gabriel Jesus sekaligus menebus kekalahan 0-1 The Citizens kepada The Blues dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Porto pada Mei lalu.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Guardiola kini mengumpul 13 mata melonjak ke tangga kedua liga manakala anak buah Thomas Tuchel turun ke tangga ketiga liga kekal dengan 13 mata selepas masing-masing mengharungi enam perlawanan liga.

Artikel Berkaitan: